Harga Semua Gajet
Cara Memohon

FAQ – Soalan Lazim

 

S – Bagaimana hendak memohon secara online?

J – Kami akan emailkan butiran dan borang permohonan . Selain email, permohonan boleh dibuat melalui applikasi Whats Apps. Panduan untuk memohon:

1) Isi borang permohonan dengan klik pada link yang dihantar oleh kami.  Jadikan contoh borang yang diberi sebagai panduan untuk mengisi borang.

2)  Email semula kepada kami bersama dokumen yang diperlukan. Jika melalui Whats Apps, selepas isi diruang kosong, tekan butang ‘Attachment’ untuk memuat naik dokumen yang diperlukan. Kemudian boleh terus klik pada butang ‘Submit’.

S – Saya baru bekerja 2 bulan, adakah saya layak untuk memohon?

J – Maaf, anda tidak layak untuk memohon. Tempoh bekerja sekurang-kurangnya mesti selama 6 bulan di tempat kerja sekarang dan untuk permohonan smartphone sekurang-kurangmya bekerja minima 1 tahun.

S – Saya baru sahaja genap 6 bulan bekerja. Adakah saya layak untuk memohon?

J – Anda layak memohon bagi produk selain smartphone. Sila sertakan surat pengesahan daripada sumber manusia syarikat anda sebagai rujukan untuk pihak Aeon. 

S – Saya sudah bersara. Adakan saya masih layak untuk memohon?

J – Anda masih layak untuk memohon sekiranya berumur 65 tahun ke bawah. Sila sediakan dokumen-dokumen tersebut untuk memohon:

1) Salinan kad pengenalan depan dan belakang
2) Salinan penyata bank sebulan terkini.
3) Penyata pencen.

S – Saya mempunyai CTOS dan CCRIS, bolehkah saya memohon?

J – Anda tidak layak untuk memohon. 

S – Adakah saya perlu membuat bayaran awal sekiranya saya mempunyai Express Card dan apakah dokumen yang diperlukan?

J – Permohonan adalah seperti biasa, anda perlu mengisi borang dan sertakan salinan IC depan dan belakang, salinan slip gaji sebulan terkini dan salinan penyata bank sebulan terkini. Permohonan yang diluluskan, bayaran bulanan pertama perlu dilakukan dikedai kami (tertakluk kepada promosi masa itu) dan bayaran berikut akan dipotong melalui bank oleh pihak AEON Credit.

S – Saya nak beli Iphone 7 plus. Apakah syarat permohonan yang diperlukan?

J – Skim ansuran Aeon Credit hanya sah untuk pemohon yang bekerja atau menetap Semenanjung. Sabah dan Sarawak tidak layak untuk memohon. Dokumen yang diperlukan semasa mengisi borang permohonan di kedai kami adalah:

1) Salinan kad pengenalan depan dan belakang
2) Salinan slip gaji sebulan terkini.
3) Salinan penyata bank sebulan terkini. (3 bulan bagi yang bekerja sendiri)
4) Surat pengesahan daripada bahagian sumber manusia syarikat bagi yang bekerja bawah setahun.
5) Borang SSM (bekerja sendiri)

S – Boleh saya pulangkan semula barang ansuran yang sudah diambil?

J – Tidak boleh.

S – Saya ingin memohon skim ansuran ini, berapa lamakah masa yang diambil untuk proses permohonan saya?

J – Proses permohonan mengambil masa 1-7 hari bekerja, dan jika dokumen sokongan anda tiada masalah paling cepat 1-3 hari bekerja. Bergantung pada pihak Aeon yang memproses permohonan anda.

S – Jika permohonan saya diluluskan, berapa lamakah untuk saya dapat produk yang saya beli?

J –Selepas kelulusan daripada pihak Aeon, anda perlu membuat bayaran bulanan pertama dan yuran perjanjian kepada kami. Kami akan order stok selepas menerima bayaran dan mengambil masa 1-2 minggu hari bekerja. Oleh kerana Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang berjalan berikutan wabak jangkitan Covid-19, tempoh untuk mendapatkan stok terpaksa dipanjangkan mungkin 1 bulan atau lebih bergantung pada keadaan dan situasi semasa, ini kerana pembekal juga tidak bekerja dan proses kemasukan stok juga terjejas.

S – Jika saya menepati semua kriteria yang diperlukan oleh Aeon, berapa peratus kemungkinan proses ansuran saya diluluskan? Jika ada sebab-sebab lain yang tak dinyatakan oleh pihak Aeon, mereka boleh menolak permohonan saya ke?

J – Ya, pihak Aeon mempunyai hak untuk menolak permohonan pemohon sekiranya terdapat beberapa sebab untuk meluluskan permohonan tanpa menyatakan sebab-sebab tersebut. Sebagai merchant sah Aeon, kami akan cuba mendapatkan maklum balas dari pihak Aeon.

S – Saya terlambat bayar untuk bayaran bulanan. Adakah sebarang caj dikenakan?

J- Ya, caj akan dikenakan mengikut tempoh kelewatan bayaran semula.

S – Saya masih belajar. Bolehkah saya mohon skim ansuran ni?

J – Anda tidak layak memohon. Hanya pekerja yang mempunyai pendapatan tetap sahaja layak memohon.

S – Saya seorang pelajar, bagaimana saya hendak membeli produk dari pihak kedai?

J – Anda boleh mohon dengan menggunakan nama individu yang menepati syarat-syarat Aeon seperti ibubapa, adik beradik, saudara-mara atau rakan-rakan anda.  

S – Saya bekerja sendiri dan mempunyai syarikat sendiri, saya berminat untuk memohon skim ansuran ini. Apakah syarat-syarat atau prosedur yang perlu saya ikuti?

J – Syarat-syarat yang perlu anda ikuti adalah:

1) Sekurang-kurangnya beroperasi lebih dari setahun.

2) Mempunyai pendapatan yang dikreditkan dalam akaun syaikat

3) Mempunyai nombor telefon pejabat

4) Nombor telefon untuk kes kecemasan iaitu individu yang tidak tinggal sekali dengan pemohon.

5) Boleh membuat bayaran melalui autodebit atau cek tarikh tertunda.

S – Jika saya bekerja sepenuh masa sebagai pemandu Grab, adakah saya layak untuk memohon?

J- Anda tidak layak untuk memohon kerana tidak mempunyai dokumen yang diperlukan oleh pihak Aeon. 

S – Jika saya bekerja dengan syarikat Grab, adakah saya layak untuk memohon?

J – Ya, anda layak untuk memohon jika mempunyai slip gaji dan pendapatan tetap setiap bulan. Tertakluk kepada terma dan syarat permohonan Aeon.

S – Saya bekerja dengan majikan tetapi pembayaran gaji saya adalah secara tunai tidak melalui bank. Bolehkah saya memohon sekiranya saya tidak mempunyai slip gaji dan tiada penyata bank?

J – Ya, anda boleh cuba memohon jika pihak majikan ada membuat pemotongan KWSP dan anda perlu meminta majikan menyediakan baucar pembayaran. Anda perlu menyediakan 4 dokumen semasa permohonan dibuat iaitu, Baucar bayran, penyata KWSP, penyata bank untuk auto debit, dan surat pengesahan majikan yang terkini. Jika salah 1 dokumen tiada, anda tidak layak untuk memohon, ini kerana tidak menepati syarat permohonan Aeon.

S – Gaji saya dibayar melalui bank, bolehkah saya memohon tanpa slip gaji? 

J – Ya boleh, sertakan baucar bayaran daripada pihak majikan dan penyata KWSP terkini.

S – Apakah syarat utama untuk memohon?

J – Syarat utama adalah:

1) Pemohon mesti berumur 18 tahun ke atas.

2) Gaji minima RM 1000 ke atas.

3) Mempunyai nombor telefon pejabat, rumah (jika ada), dan telefon bimbit (jika ada).

4) Mempunyai nombor telefon individu yang berkaitan yang tidak menetap sekali untuk sebarang kecemasan.

5) Boleh membuat bayaran melalui potongan bank atau cek tertunda.

S – Saya tidak dapat datang ke kedai kerana saya bekerja mengikut masa pejabat. Bolehkah saya datang pada hari minggu seperti Sabtu atau Ahad?

J – Untuk datang ke kedai kami pada hari Sabtu atau Ahad, anda perlu membuat temu janji dahulu dan jika pegawai atau staff kami tidak dapat hadir untuk membuat temu janji tersebut, kami akan menggunakan khidmat kurier. Kos penghantaran dan pungutan dokumen ditanggung oleh anda. Minimum caj RM 14.00 termasuk penghantaran dan pemungutan dokumen.

S – Di manakah kedai beroperasi?

J – No. 37, Jalan Medan Tuanku, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Dibuka hanya pada hari bekerja dari 9am-5pm.

S – Boleh ke saya hantar wakil untuk mengambil barang apabila sudah sampai jika saya menetap luar kawasan Selangor,Seremban atau Kuala Lumpur?

J – Boleh menghantar wakil dengan memberi maklumat diri wakil tersebut kepada pegawai kami.

S – Saya menetap di Sabah & Sarawak. Adakah saya layak memohon?

J – Tidak layak. Kami hanya beroperasi di Semenanjung.

S – Jika saya tidak mempunyai Aeon Express card adakah saya masih boleh mohon?

J – Ya, masih boleh mohon.

S – Apakah produk Skim Ansuran Mudah AEON-XPRESS ?

J – Skim Ansuran Mudah AEON-XPRESS untuk pembelian peralatan elektrik, perabot, kabinet, komputer peribadi, kamera, Kamera video, peralatan kesihatan, alat muzik, pintu pagar automatik, sistem keselamatan rumah, emas dan barang kemas dan lain-lain melalui lebih daripada 4,000 kedai yang dilantik di seluruh negara secara ansuran.

S – Apakah kelebihan yang akan anda perolehi daripada produk ini?

J – Kelebihan skim ini adalah:

*Amaun pinjaman minima ialah RM1,200 dan maksima RM30,000

*Tempoh pinjaman minima  ialah 6 bulan dan maksima 36 bulan.

*Kadar faedah serendah 0.85%

*Menikmati kemudahan semasa program promosi dari Aeon Credit (M) Bhd.

S – Apakah obligasi saya?

J – Setelah pinjaman diluluskan, anda diminta membuat bayaran pertama di kedai pembelian barangan dan anda adalah dianggap telah menerima kemudahan pinjaman pembelian barangan seperti yang telah diluluskan oleh pihak AEON walaupun amaun yang diluluskan adalah lebih rendah daripada amaun yang anda mohon. Bayaran balik bulanan akan dikira berdasarkan amaun pinjaman anda, tempoh pinjaman anda dan kadar faedah pinjaman yang telah ditetapkan. Kadar pembayaran mungkin lebih tinggi jika bayaran bulan tidak dibuat secara tetap, ini kerana caj atau denda kelewatan bayaran dikenakan.

S – Apakah fi dan bayaran yang perlu saya bayar?

J – Pembayaran sekali bagi caj perjanjian adalah RM 47.

S – Adakah perlindungan insurans/takaful diperlukan?

J – Perlindungan insurans/takaful tidak diperlukan.

S – Apakah yang akan berlaku sekiranya saya gagal untuk memenuhi obligasi saya?

J – Denda atau caj kelewatan bayaran bulanan akan dikenakan mengikut kadar yang ditetapkan.

     *Bayaran kena dibayar dibuat di antara 6 hingga 10 haribulan – RM12.00

     *Bayaran kena dibayar dibuat di antara 11 hingga 18 haribulan – RM18.00

     *Bayaran kena dibayar dibuat di antara 19 hingga 20 haribulan dan berikutnya – RM30.00

     *Caj tambahan bagi bayaran setiap bulan selanjutnya ditangguhkan – RM18

     *Caj sebanyak 4% sebulan akan dikenakan ke atas jumlah yang perlu dibayar sehingga bayaran sepenuh dibuat.

S – Adakah saya memerlukan penjamin atau cagaran?

J – Penjamin atau cagaran tidak diperlukan.

S – Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya butiran perhubungan saya berubah?

J – Anda perlu memaklumkan kepada pihak AEON sekiranya terdapat apa-apa perubahan dalam butiran perhubungan anda  bagi memastikan semua surat-menyurat sampai ke tangan anda tepat pada masa dan tempatnya.

S – Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?

J – Untuk mendapatkan maklumat tambahan sila layari www.aeonmalaysia.com.my atau hubungi AEON ditalian 03-2719 9999.

     Untuk mendapatkan bantuan pengurusan kredit jika anda mempunyai masalah dalam pembayaran semula, anda harus hubungi pihak AEON dengan segera. Juga jika anda ingin membuat sebarang aduan mengenai produk dan perkhidmatan AEON, sila datang ke:

     AEON CREDIT SERVICE (M) BERHAD

AEON Big Subang Jaya, No.3 Jalan SS16/1, Subang Jaya, 47500 Selangor.

S – Jika saya ingin membeli lebih dari satu atau dua barang, bolehkah permohonan saya diproses?

J – Selain dari samrtphone, anda boleh membeli lebih dari satu atau dua barang. Bagi smartphone, permohonan hanya untuk 1 unit sahaja, jika anda mahu membeli lebih dari 1 unit, anda perlu membuat permohonan yang kedua. Kelulusan bergantung kepada keupayaan dokumen dan kelayakan pinjaman yang ditentukan oleh pihak AEON sendiri.

S – Saya sudah pun membuat ansuran barang dan masih berbaki 3 bulan untuk bayar. Adakah saya boleh memohon untuk produk lain?*

J – Ya, anda boleh mohon untuk produk lain.

S – Berapakah limit pinjaman yang dibenarkan?

J – Limit pinjaman untuk Skim Ansuran Mudah AEON-XPRESS adalah RM 30,000.00 .

S – Jika saya menetap di luar kawasan Kuala Lumpur dan Selangor, adakah saya layak untuk mohon skim ansuran Aeon Credit?

J –Ya, anda layak memohon dengan kami kecuali  Sabah dan Sarawak.

S – Saya sudah melangsaikan tunggakan yang telah disenarai hitam oleh Bank Negara, adakah saya layak memohon dalam tempoh terdekat?

J – Tidak boleh. Permohonan boleh dibuat selepas 6 bulan dari tarikh bayaran tunggakan tersebut. Jika anda mahu mencuba, sila sertakan surat atau dokumen yang dikeluarkan oleh institusi kewangan yang anda berhutang sebagai bukti penyelesaian dan pelepasan anda.

S – Adakah saya perlukan Aeon kad kredit  untuk memohon?

J –Tidak, anda boleh memohon walaupun tidak mempunyai Aeon kad kredit.Proses permohonan seperti biasa seperti yang dinyatakan di atas.

S – Jika bekerja dengan majikan tetapi gaji dibayar secara tunai, ada slip penyata gaji tiap bulan tetapi tiada penyata bank. Layakkah memohon?

J – Boleh. Sila sertakan penyata KWSP. Penyata bank juga diperlukan walaupun tiada gaji yang masuk sekadar untuk rujukan autodebit pihak Aeon Credit. 

S – Permohonan saya sudah diluluskan tetapi saya mahu membatalkan pembelian produk tersebut dan belum membuat sebarang bayaran, adakah sebarang denda dikenakan?

J – Pembatalan permohonan boleh dilakukan sekiranya pihak kedai belum membuat claim dari pihak Aeon dan stok barang tersebut masih belum dibeli oleh pihak kedai. Denda tidak dikenakan sekiranya pembatalan berlaku dalam keadaan seperti yang dinyatakan, jika pemohon sudah menandatangani perjanjian, pekedai telah menerima bayaran daripada pihak Aeon dan stok sudah dibeli pemohon tidak boleh membuat pembatalan serta merta.

S – Saya mohon skim ansuran Aeon Credit di kedai seperti Seng Heng tetapi status permohonan masih tidak diketahui. Adakah saya masih boleh mohon di Ukhwah Computer?

J –  Anda perlu menunggu status permohonan dari pihak Seng Heng terlebih dahulu. Jika permohonan telah diluluskan pemohon perlu meminta pihak Seng Heng mengisi borang pembatalan dan diserahkan kepada pihak Aeon Credit Malaysia. Selepas kelulusan pembatalan dari Aeon Credit anda layak untuk memohon dengan kami. Jika permohonan tidak diluluskan anda boleh terus mohon dengan kami.

S – Bolehkan saya membuat pembelian secara ansuran 3 kali bayar tanpa membuat pinjaman?

J – Tidak boleh.

S- Contoh, saya ingin membuat permohonan 24 bulan, tetapi bayaran bulanan saya bayar sehingga setahun sahaja (RM228 x 12 Bulan = RM2736), jika saya nak bayar lump sum untuk baki setahun lagi, berapa jumlah yang perlu saya bayar? Boleh tolong kirakan?

J- Kiraan secara kasar:

1) Harga Jualan (Produk) X  Interest sebulan = Jumlah interest sebulan

(RM 4200)                           (1.25%)                    (RM 52.50)

2) Jumlah interest sebulan  X  Tempoh pinjaman = Jumlah interest yang perlu dibayar

(RM 52.50)                            (24 bulan)                       (RM 1260)

3) Jumlah interest yang perlu dibayar + Harga jualan (Produk) / Tempoh pinjaman = Harga bulanan

(RM 1260)                                            (RM 4200)                   (24 bulan)              (RM 277.50)

Round up (RM 228)

4) Harga bulanan – Jumlah interest sebulan = Bayaran bulanan tanpa interest

(RM 228)               (RM 52.50)                              (RM 175.50)

5) Bayaran bulanan tanpa interest  X  Tempoh baki yang belum dibayar= Jumlah yang perlu dibayar

(RM 175.50)                                         (12 bulan)                                          (RM 2106)

Untuk jawapan kiraan yang lebih tepat boleh hubungi pihak Aeon Credit Services

S-Bolehkah saya memohon dua gadget telephone dalam satu permohonan di Ukhwah Computer?

J- Ya, pemohon boleh memohon dua gadget telephone dalam satu permohonan

S-Berapakah interest yang di ambil untuk setiap barang yang dimohon?

J- Untuk semua item phone, interest sebanyak 1.25% untuk setiap bulan & barang selain daripada item phone (contoh laptop, ipad, camera & etc) interest yang dikenakan adalah 1.10% untuk setiap bulan jika barang pinjaman atas RM3,000.

S-Adakah customer boleh memohon untuk 48 bulan?

J-Ya, pemohon boleh memohon untuk 48 bulan sehingga 15hb Jun 2021 jika pemohon membuat pinjaman harga barang atas dari RM 2,000 dan hanya layak untuk pinjaman selain daripada gadjet phone seperti ipad, laptop, camera dan sebagainya.

S-Kenapa harga pinjaman maximum di web instalment expert tidak sama, ada yang sehingga 24 bulan, 30 bulan dan 36 bulan untuk item phone?

J-Bulanan maximum berubah-ubah bergantung kepada harga pinjaman telephone yang ditetapkan oleh pihak Aeon:
1) Jika harga phone RM 2,500 dan ke bawah = Maximum pinjaman 24 bulan
2) Jika harga phone RM 2501-RM 4000 = Maximum pinjaman 30 bulan
3) Jika harga phone RM 4001 dan ke atas + Maximum pinjaman 36 bulan

 

 

5 1 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest

1.3K Comments
Inline Feedbacks
View all comments
Madi
4 years ago

Bagaimanakah untuk mendapat kelulusan statement

mira
Editor
4 years ago
Reply to  Madi

Assalam Tuan,

Maaf lambat reply, untuk statement bank tuan boleh print secara online atau lawati bank yang berkenaan mungkin sedikit bayaran dikenakan. Jika tuan berminat boleh buat permohonan di kedai kami atau melalui online. Kami dah emailkan syarat2 dan borang permohonan. Sila rujuk di email. Untuk info lanjut boleh hubungi 03-22027182 atau wasap 011-11332272.

Terima kasih

reza
4 years ago

camera panasonic ag-ux180 ada jual tak

mira
Editor
4 years ago
Reply to  reza

Hai, Maaf lewat reply. Ya ada tuan, jika berminat boleh hubungi kami di 03-22027182 atau wasap 011-11332272. Kami telah emailkan syarat2 dan borang permohonan juga jika tuan mahu memohon bayaran ansuran. Sila rujuk di email.

Terima kasih

Syed Sham Ariff Syed Sagaf

Laptop HP spectre Folio dan HP envy Ada tak.
Boleh tak email kan saya borang permohonan

mira
Editor
4 years ago

Assalam Tuan,

Ada tuan, kami dah emailkan borang permohonan. Tuan boleh rujuk diemail, sebarang pertanyaan boleh hubungi kami di 03-22027182 atau wasap 011-11332272.

Terima kasih

Hajar Bella
Hajar Bella
4 years ago

Kalau saya mempunyai ansuran lain yang perlu dibayar, adakah saya layak memohon?

mira
Editor
4 years ago
Reply to  Hajar Bella

Assalam Cik/Puan,

Layak memohon jika sudah bekerja melebihi 1 tahun, gaji bersih minima 1k dan bekerja atau menetap di semenanjung. Kelulusan dari pihak Aeon kerana kami tidak tahu komitmen cik/puan denagn mana2 pihak. Cik/puan boleh cuba submit dulu, kami dah emailkan details dan borang permohonan. Sila rujuk diemail ya.

TQ

mohd Irwan Ahmad
4 years ago

Kalau saya mohon dan lulus permohonan barang kena ambil di kedai sahaja ke atau barang boleh di pos pihak tuan ke alamat saya

WhatsApp chat