FAQ – Soalan Lazim

S – Saya baru bekerja 2 bulan, adakah saya layak untuk memohon?

J – Maaf, anda tidak layak untuk memohon. Tempoh bekerja sekurang-kurangnya mesti selama 6 bulan ditempat kerja sekarang.

S – Jika saya mahu buat ansuran menggunakan aeon express card , perlu membuat apa-apa bayaran awal atau tidak? Dan dokumen yang    diperlukan hanya ic dan aeon express card copy sahaja kan?

J – Permohonan adalah seperti biasa, kami memerlukan salinan ic depan dan belakang, salinan slip gaji sebulan terkini dan salinan pemyata bank sebulan terkini. Anda juga perlu datang ke kedai kami untuk mengisi borang permohonan. Jika proses permohonan anda telah diluluskan, bayaran bulan pertama perlu dilakukan dikedai kami dan bayaran berikut akan dipotong melalui bank oleh pihak AEON Credit.

S – Saya nak beli iphone 6 plus. Apakah prosedur yang perlu dilakukan?

J – Skim ansuran Aeon Credit hanya sah untuk pemohon yang bekerja atau menetap di Kuala Lumpur dan Selangor . Dokumen yang diperlukan semasa mengisi borang permohonan di kedai kami adalah:

1) Salinan kad pengenalan depan dan belakang
2) Salinan slip gaji sebulan terkini.
3) Salinan penyata bank sebulan terkini.

S – Saya ingin  memohon skim ansuran ini, berapa lamakah masa yang diambil untuk proses permohonan saya?

J – Proses permohonan mengambil masa 1-7 hari bekerja, dan jika dokumen sokongan anda tiada masalah paling cepat 1-3 hari bekerja. Bergantung pada pihak Aeon yang memproses permohonan anda.

S – Jika permohonan saya diluluskan, berapa lamakah untuk saya dapat produk yang saya beli?

J – Anda akan mendapat produk tersebut sekiranya anda telah membuat bayaran pertama kepada kami. Paling cepat 1-3 hari dan bergantung pada stok semasa mengikut pasaran.

S – Adakah caj tersembunyi dan tambahan dikenakan?

J – Tiada sebarang caj tersembunyi dan tambahan dikenakan. Pihak Aeon Credit tidak mengenakan sebarang caj tambahan semasa permohonan dilakukan. Dan jumlah bayaran bulanan adalah seperti yang dipersetujui oleh agen yang dilantik dan pemohon. Caj yang Aeon kenakan adalah denda jika anda lewat membuat bayaran bulanan melalui bank. Tiada caj tersembunyi dan tambahan.

S – Saya masih belajar. Bolehkah saya mohon skim ansuran ni?

J – Anda tidak layak memohon. Hanya pekerja yang mempunyai pendapatan tetap sahaja layak memohon.

S – Saya bekerja sendiri dan mempunyai syarikat sendiri, saya berminat untuk menyertai skim ansuran ini. Apakah syarat-syarat atau prosedur yang perlu saya ikuti?

J – Syarat-syarat yang perlu anda ikuti adalah:

1)Sekurang-kurangnya beroperasi lebih dari setahun.

2)Mempunyai pendapatan yang dikreditkan dalam akaun syaikat

3)Mempunyai telefon pejabat

4)No telefon untuk kes kecemasan iaitu individu yang tidak tinggal sekali dengan pemohon.

5)Boleh membuat bayaran melalui autodebit atau cek tarikh tertunda.

S – Saya bekerja dengan majikan tetapi pembayaran gaji saya adalah secara tunai tidak melalui bank. Bolehkah saya memohon sekiranya saya tidak mempunyai slip gaji dan tiada penyata bank?

J – Maaf, anda tidak layak memohon kerana dokumen dan syarat yang tidak lengkap yang telah ditetapkan oleh pihak Aeon Credit.

S – Bolehkah saya memohon tanpa slip gaji? Gaji saya dibayar melalui bank.

J – Boleh, anda diminta supaya majikan menyediakan baucar bayaran mengikut bayaran gaji yang anda terima.

S – Apakah syarat utama untuk memohon?

J – Syarat utama adalah:

1)Pemohon mesti berumur 18 tahun ke atas.

2)Gaji minima RM950 ke atas.

3)Mempunyai no telefon pejabat, rumah (jika ada), dan telefon bimbit (jika ada).

4)Mempunyai nombor telefon individu yang berkaitan yang tidak menetap sekali untuk sebarang kecemasan.

5)Boleh membuat bayaran melalui potongan bank atau cek tertunda.

S – Saya tidak dapat datang ke kedai kerana saya bekerja mengikut masa pejabat. Bolehkah saya datang pada hari minggu seperti Sabtu atau Ahad?

J – Untuk datang ke kedai kami pada hari Sabtu atau Ahad, anda perlu membuat temu janji dahulu dan jika pegawai atau staff kami tidak dapat hadir untuk membuat temu janji tersebut, kami akan menggunakan khidmat kurier. Kos penghantaran dan pungutan dokumen ditanggung oleh anda. Minimum caj RM 14.00 termasuk penghantaran dan pemungutan dokumen.

S – Apakah produk Skim Ansuran Mudah AEON-XPRESS ?

J – Skim Ansuran Mudah AEON-XPRESS untuk pembelian peralatan elektrik, perabot, kabinet, komputer peribadi, kamera, Kamera video, peralatan kesihatan, alat muzik, pintu pagar automatik, sistem keselamatan rumah, emas dan barang kemas dan lain-lain melalui lebih daripada 4,000 kedai yang dilantik di seluruh negara secara ansuran.

S – Apakah kelebihan yang akan anda perolehi daripada produk ini?

J – Kelebihan skim ini adalah:

*Amaun pinjaman minima ialah RM1,300 dan maksima RM30,000

*Tempoh pinjaman minima  ialah 6 bulan dan maksima 36 bulan.

*Kadar faedah serendah 0.8%

S – Apakah obligasi saya?

J – Setelah pinjaman diluluskan, anda diminta membuat bayaran pertama dikedai pembelian barangan dan anda  adalah dianggap telah menerima kemudahan pinjaman pembelian barangan seperti yang telah diluluskan oleh pihak AEON walaupun amaun yang diluluskan adalah lebih rendah daripada amaun yang anda mohon. Bayaran balik bulanan akan dikira berdasarkan amaun pinjaman anda, tempoh pinjaman anda dan kadar faedah pinjaman yang telah ditetapkan. Kadar pembayaran mungkin lebih tinggi jika bayaran bulan tidak dibuat secara tetap, ini kerana caj atau denda kelewatan bayaran dikenakan.

S – Apakah fi dan bayaran yang perlu saya bayar?

J – Pembayaran sekali bagi caj perjanjian RM80 dan GST 6%.

S – Adakah perlindungan insurans/takaful diperlukan?

J – Perlindungan insurans/takaful tidak diperlukan.

S – Apakah yang akan berlaku sekiranya saya gagal untuk memenuhi obligasi saya?

J – Denda atau caj kelewatan bayaran bulanan akan dikenakan mengikut kadar yang ditetapkan.

     *Bayaran kena dibayar dibuat selepas tarikh kena dibayar sehingga 10 haribulan – RM12.00

     *Bayaran kena dibayar dibuat di antara 11 hingga 18 haribulan – RM18.00

     *Bayaran kena dibayar dibuat di antara 19 hingga 20 haribulan dan berikutnya – RM30.00

     *Caj tambahan bagi bayaran setiap bulan selanjutnya ditangguhkan – RM18

     *Caj sebanyak 4% sebulan akan dikenakan ke atas jumlah yang perlu dibayar sehingga bayaran sepenuh dibuat.

S – Adakah saya memerlukan penjamin atau cagaran?

J – Penjamin atau cagaran tidak diperlukan.

S – Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya butiran perhubungan saya berubah?

J – Anda perlu memaklumkan kepada pihak AEON sekiranya terdapat apa-apa perubahan dalam butiran perhubungan anda  bagi memastikan semua surat-menyurat sampai ke tangan anda tepat pada masa dan tempatnya.

S – Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat lanjut?

J – Untuk mendapatkan maklumat tambahan sila layari www.aeonmalaysia.com.my atau hubungi AEON ditalian 03-2719 9999.

     Untuk mendapatkan bantuan pengurusan kredit jika anda mempunyai masalah dalam pembayaran semula, anda harus hubungi pihak AEON dengan segera. Juga jika anda ingin membuat sebarang aduan mengenai produk dan perkhidmatan AEON, sila datang ke:

     AEON CREDIT SERVICE (M) BERHAD

      Menara Olympia, No.8 Jalan Raja Chulan, 50200 Kuala Lumpur.

S – Jika saya ingin membeli lebih dari satu atau dua barang, bolehkah permohonan saya diproses?

J – Anda boleh membeli lebih dari satu atau dua barang. Kelulusan bergantung kepada keupayaan dokumen dan kelayakan pinjaman yang ditentukan oleh pihak AEON sendiri.

S – Berapakah limit pinjaman yang dibenarkan?

J – Limit pinjaman untuk Skim Ansuran Mudah AEON-XPRESS adalah RM 30,000.00 .

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

518 Comments on "FAQ – Soalan Lazim"

avatar
trackback

[…] *untuk lain-lain soalan sila klik disini […]

1 47 48 49
wpDiscuz